<body>
Sunday, September 21, 2008

Salam all..!

juz to share the letter we got from the CPR and I think it's power la..!


Assalamualaikum wr wb....
saudara-saudaraku


Allah swt telah memberikan rupa yang indah kepada kau.. tapi ini semuanya adalah pinjaman dan kau seharusnya bersyukur keatas nikmat-nikmat itu kerana kau akan dipersoalkan nanti tentang segala pinjaman-pinjaman ini.


tiada siapa yang akan mendapat kebahagiaan walau setinggi manapun pencapaiannya jika ibu bapanya tidak bahagia dan redha akannya...........


alangkah indahnya jika perasaan cinta kau dapat kau tunjukkan dengan perbuatan yang suci, bukan dilafazkan dengan lidah dan parang berulang kali yang hanya kau perjuangkan tanpa tujuan dan tanpa mengerti erti sebenar cinta pada teman-teman yang suci lagi murni.... aku harap kau pertimbangkanlah manakah bakti dan bukti cinta yang suci, dan yang manakah bakti yang boleh melukai.....


ketahuilah bahawa ALQURAN itu akan terus kekal hingga kiamat..... ayat-ayat alquran akan terus menjadi panduan kepada manusia untuk berjaya di dunia dan akhirat selamanya...... percayalah kata-kata dari Allah yang berhubungan dengan kita melalui al quran adalah petunjuk buat kita.........


kita hanya akan bertemu lagi di hari akhirat kelak..... dan aku harap pertemuan itu nanti kita semua berada di dlm rahmat allah dan bersama orang-orang Islam yang mengambil petunjuk dari al quran


jika kamu semua merasakan aku membimbing untuk kamu semua, maka kamu semua telah silap...... usaha aku ini terlalu kerdil jika dibandingkan dengan perjuangan nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam yang menjadikan alquran dan sunnahnya sebagai panduan hidup ummatnya....... aku tidak pernah terluka, tercedera dan patah gigi berjuang kerana Islam,
aku tidak pernah bengkak kakiku bersembahyang kpd Allah... dan aku percaya aku tidak akan mengingati ummat atau org lain di masa sakaratul maut pedih menghiris tubuhku.......
aku sangat kagum dan mempercayai kata-kata Allah di dlm surah al baqarah yg bunyi "hudal lin naas" (AlQuran sebagai petunjuk bagi manusia.) aku pegang ayat ini dan sematkannya dlm hati untuk aku terus mencari petunjuk-petunjuk di dalam al quran dan menyingkap segala rahsianya......
dan.....
kerana ayat ini jugalah aku cekalkan hati dan teguhkan diri untuk terus mencari dan mengajak kamu semua supaya bersama merasakan kebenaran yang aku rasai......


Tuhan sekiranya hambamu ini layak kesyurgamu.... ku memohon agar kau membawa teman-temanku bersama........


aymCREW
Sekian
Salam Warahmatullahi Alaikum
We Rock!
10:09 PM